Tuesday 16 February 2010

DEMI WAKTU BUNGA BERKEMBANG atau MENYEBARKAN BAU

Bunga Kembang Pagi


Apakah sebabnya bunga-bunga ini mulai mengembang pada sebelah pagi sekitar jam 8.00; dan saat tiba tengah hari sekitar jam 1.00 semuanya menguncup kembali? Aneh! seolah-olah ia meraikan siraman cahaya pagi, menyerikan pemandangan agar manusia melihat dunia dan kehidupan dengan penuh ceria dan optimis. Ada yang menamakannya dalam bahasa Inggeris sebagai "Eight O'clock Flowers" kerana mengigatkan faktor waktu lebih daripada faktor cahaya.
Bunga "Sundal Malam" pula yang juga berwarna putih kekuningan
akan hanya berbau sangat wangi sesudah terbenamnya matahari, yakni sesudah hilangnya cahaya dan hari menjadi gelap. Tidak kurang anehnya, seolah-olah ia menyegarkan sanubari manusia supaya duduk tafakur dan bersyukur kerana telah selamat mencari rezeki sehari suntuk dalam keringat dan jerih payah.
Apakah cahaya mempunyai peranan yang besar membangkitkan kejadian alam semula jadi ini?
Apakah rahsia yang sebenarnya? Betullah sebagai yang sering diperingatkan bahawa semua tanda-tanda alam itu adalah bayangan daripada zat dan kudrat Allah yang sangat cinta kepada kita semua sehingga pohon-pohon dan bunga-bunganya pun turut menceria dan memperkaya
mata serta sanubari makhluk yang sering sibuk di kulit bumi-Nya.
" Tak ada waktu untuk bertanya,
Merenung dan menyendiri,
Menyepi dan menyelam ke dalam hati,
Di manakah aku sekarang ini?