Aku tak mahu terlena lagi,
aku ingin berjaga sepanjang waktu,
dalam dakapan-Mu:
dalam kata-kata,
dan kalimat-kalimat,
dingin bagai embun,
sebening hujan,
setenang air di kolam.
Daripada enam ribu enam ratus enam belas sabda itu,
daripada sembilan puluh sembilan nama-Mu,
ada sebuah kata,
Ramadhan dengan seribu bulan,
tanda kasih sayang,
ah! aku tak ingin terlena lagi,
dalam dakapan yang abadi.
Dakaplah aku erat-erat,
rengkuh nafasku dalam-dalam,
sampai aku lemas,
dalam cinta-Mu.
Amin.
Amin, semoga kita beroleh berkah, Pak
ReplyDeleteAmin. mari mencari keberkatan.
ReplyDeleteInsya Allah kita sama-sama sedari awal hingga akhir di peluk hangat berkat Ramadhan. Dalam lena atau jaga .
ReplyDeleteAssalamualaikum ,
ReplyDeleteSdr Ampuan,
Shukri,
Ajilah.
Selamat menunaikan fardhu Ramadhan. Ini adalah bulan yang paling hebat dan kaya untuk kita: apa saja yang baik kita lakukan akan diberi ganjaran yang besar. Berdoalah agar pintu syurga bernama Rayyan itu akan senantiasa terbuka untuk kita; dan kita tidak dikuasai oleh syaitan-syaitan yang selalu berbisik-bisik ditelinga dan hati-hati pemimpin kita
Pak Baha: Kad yang diconteng-connteng itu ke mana dibuang? Kalau disimpan dan tidak perlu dorosakkan, nanti satu waktu sangat berharga. Pak A Samad Said sudah membuktikan.
ReplyDeleteMarsli,
ReplyDeleteKena selongkar almari kalau masih adalah, tetapi arkib Malaysia mungkin tak minat simpan bahan2 drpd tangan pengarang.