Wednesday 15 July 2009

Don't Stop Writing/ Jangan Berhenti Menulis

"...I must also say that I like your poetry book very much, especially the poems which are full of anger about our social malaise. I think Malaysia and the Phillipines share a lot of common social and political problems-- corrupt politicians , greedy businessmen, lazy and uncaring educated class etc. Our colonial histories coincide and burden us up to the present. Don't stop writing. The young generation must learn from your passions and mature outlook..."

Demikianlah tulis Rio Alma , penyair Filipina yang telah diisytiharkan oleh kerajaan Filipina sebagai National Artist for Literature. Saya telah menghadiahkan kepadanya kumpulan puisi terjemahan saya (Postponing Truth and Other Poems/ Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak Lain) sebagai balasan kepadanya kerana menghadiahkan saya kumpulan puisinya yang dicipta berasaskan bentuk sastera lama Tagalog.

Kadang-kadang kita tidak menyangka puisi apa yang digemari oleh pembaca. Apakah itu penting? Penyair yang menulis untuk mengucapkan perasaan pengalaman dirinya secara jujur, bukan untuk menunjuk-nunjukkan karyanya ( to express and not to impress) besar kemungkinan melahirkan puisi yang bertenaga dan mengikat perhatian.

Saya pun tidak bertujuan untuk mengajar orang apabila menulis puisi, tetapi apabila generasi muda berasa ada sesuatu yang dapat dipelajari daripada penulisan saya, tentu sekali saya berasa gembira berlipat ganda; dan bersyukur kerana telah memberikan sesuatu yang baik disamping berasa lega setelah mencipta sesuatu yang ada kena mengena dengan masalah sosial.

3 comments:

  1. Ingatkan saya! Nanti ada senaskhah buku antoligi puisi yang diterbitakan tidak berapa lama lagi oleh Sindiket Sol-Jah untuk Dato'. Kalau Dato' ada kelapangan - minta bedah siasat ya!

    ReplyDelete
  2. Salam Dato',
    Benar kata Dato' penulisan dan puisi adalah luahan hati dan pemerhatian sosial. Melahirkan sokongan mahupun bangkangan terhadap sesuatu isu. Kejujuran dan keikhlasan menjadi tunjang penulisan yang akan mungkin akan disukai ataupun dibenci. Namun popular atau tidak luahan itu bakal menjadi penulisan yang baik jika bersandar pula kepada Taqwa. Saya dan isteri(sejutawajah) banyak mengikuti tulisan Dato'....teruskan kerja murni itu...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Sdr sinaganaga,
    Menunggu naskhah, tahniahlah.

    Sdr Acsardi dan sejutawajah
    Setiap kita mempunyai perasaan dan fikiran, dan memendam bakat untuk menulis.Mengucapkan batin serta pandangan secara murni melalui muzik jiwa itu hanya puisi yang kental berhasil melakukannya, dan bukan esei atau cerpen. Itulah bezanya, dan kerana kejujurannya sering bertentangan dengan pandangan masyarakat.Saya sangat bersetuju bahawa pedoman penyair, buruk atau baik perbuatannya, harus berpandu kepada hati nurani dan ketaqwaannya. Terima kasih kerana membaca tulisan saya dan memberikan pandangan.

    ReplyDelete