Friday 14 August 2009

Pada Hujung Waktu

Terasa waktu memburuku
mengajak mengisi detik-detik yang melaju
aku seolah-olah tak berdaya
melangkah di jalan-jalan berdebu.

Apa yang hendak kukesalkan lagi
zaman muda sudah berlalu
itu bahagian daripada kita
sekali datang, sekali pergi
dalam jaga, dalam mimpi.

Kenangan kini menjadi
bahagian daripada sejarah kita,
kenyataan kini menjadi
bahagian daripada wajah kita.



Baha Zain

5 comments:

  1. salam dato'
    terlalu banyak kebaikan yang boleh diisi dalam hidup ini, tapi kita sering melupainya dan menangguhkannya.ini hanya ingatan untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam Dato',
    Bangkit saya daripada hakikat, ketuaan sedang membukakan jalannya ke sana. Sempatkah saya "menikmati" usia 60 seperti Dato'? Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Sakam Sdr Saleeh,
    Memang tak terdaya memenuhi segala harapan serta keinginn untuk berbuat baik.Ada niat pun dah cukup baik. Buat semampunya, tetapi dengan niat yang ikhlas. Ganjarannya siapa yang tahu. Bukankah Tuhan Maha Adil.Tak di dunia di akhirat.Itu rahasia untuk hidup optimis dan yakin.

    Sdr Zulkifli,
    Tahniah kerana sedang berhasrat menuju ke angka 60. Mudah-mudahan lebih daripada itu. Siapa yang lebih tahu. Senjata yang ada pada kita yang mungkin tak ada pada agama lain ialah doa. Berdoalah supaya dipanjangkan umur, sihat rohani jasmani, agar dapat
    berbuat lebih banyak kebajikan , lebih banyak bekal dan pahala, dan memperkaya bumi manusia.


    S

    ReplyDelete
  4. Pak Baha: Walau penyair dan puisinya bagaikan tidak berkuasa melawan segala kebejatan mereka, setidaknya, kita tidak menjadi sebahagian.

    ReplyDelete
  5. Sdr Marsli
    Syukur kita tidak menjadi sebahagian daripada kebejatan.Apabila kita menjadi sebahagian daripadanya kita tak mungkin bebas menulis karya yang bebas sehingga pengarang kalau menulis kerana tujuan yang salah.

    ReplyDelete