Sunday 13 September 2009

SALAM IDILFITRI YANG MURNI

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada setiap saudara pengikut (follower) yang terpapar di Kebuncipta ; dan sekalian pengunjung yang sudi melawat ke kebun yang sama,
saya dengan tulus menjunjung ucapan setinggi terima kasih, dan mengucapkan Selamat Berpuasa & Berhari Raya seraya mengambil kesempatan untuk memohon dan memberi maaf .

Meskipun tak bersua, tetapi mata serta hati kita diam-diam menatap dan membaca
wajah serta kata-kata sebagai tanda perhubungan yang tulus dan murni. Semoga kita akan kembali berhubungan di alam maya yang sakti ini melalui ucapan yang lebih jujur dan murni seperti air yang mengalir daripada kolam yang jernih.


SELAMAT MENCIPTA DAN JUMPA LAGI. INSYAALLAH. SEKALI LAGI SALAM
PERSAHABATAN YANG AKRAB UNTUK SAUDARA.

3 comments:

  1. Salam Dato',
    Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin. Semoga dato' akan terus menulis dengan lebih aktif lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbk Dato,
    Berkunjung ke KebunCipta terasa masuk ke dalam lembah yang damai. Saya gementar dengan kata-kata yang indah terkarang. Saya seperti dibawa belayar ke negeri jauh.
    Salam akhir ramadan dan selamat hari raya.
    Maaf zahir dan batin daripada saya warga kecil dari tanah nurani.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ,
    Sdr mariah,
    Terima kasih kerana sudi mengucapkan selamat , dan tak kurang juga ucapan selamat dan doa restu untuk sdr. InsyaAllah, menulis sudah menjadi bahagian drpd hidup saya...selagi sihat dan waras.

    Sdr Sham,
    Saya berasa agak aneh juga pada Ramadan ini saya setiap hari terpanggil untuk mencatat sesuatu.Syukur ke hadrat Allah.Di sisi Tuhan tak ada yang kecil, kecuali yang tak berusaha untuk bertakwa dan ikhlas akan perbuatannya. Inilah peperangan dalam diri kita semua. Selamat dan doa daripada saya agar sdr terus produktif-kreatif serta mohon maaf atas segala keterlanjuran.

    ReplyDelete