Sunday 1 November 2009

KELAKAR SATU MALAYSIA

Seorang teman dari Singapura mengirim e-mel sebuah anekdot kelakar 1 Malaysia. Kira-kira begini terjemahannya:

Sebuah kereta yang membawa tiga rakyat Malaysia( Melayu, Cina, India) tiba-tiba terlibat dalam kemalangan yang dahsyat , dan ketiga-tiga penumpang mati sama-sama dengan serta merta. Di bilik mayat hospital doktor melakukan pemeriksaan biasa bagi mengesahkan kematian dan melebalkan nama masing-masing pada ibu jari kaki. Pada saat sang doktor mengikat label nama pada jari kaki mayat mangsa Cina, tiba-tiba dia bergerak dan hidup. Doktor yang kehairanan dan gementar bertanya apa yang telah terjadi.

Simati Cina itu menerangkan ketiga-tiga roh mereka telah sampai ke pintu neraka, tetapi malaikat memberi peluang kepadanya untuk pulang ke dunia dengan membayar wang tebusan $500 seorang. Jadi katanya dia menyeluk sakunya tanpa bertangguh-tangguh lagi dan menyudurkannya ke dalam genggaman malaikat.

Sang doktor lalu bertanya apa yang tejadi kepada dua kawannya . Katanya teman Indianya
sedang tawar menawar untuk meminta dikurangkan bayaran. Doktor terus bertanya bagaimana pula tentang kawan Melayunya. Jawabnya ringkas, teman Melayunya itu sedang menunggu
dana daripada kerajaan .

Nah, nampak seperti bergurau senda, tetapi tafsirkanlah persepsi tukang cerita ini.

3 comments:

  1. salam
    menyerlahkan sifat melayu yang dididik sekian lama.
    lucu tapi terasa malu mengenangkannya

    ReplyDelete
  2. Salam Yang Berbahagia Dato',

    Tidak tahu apakah mahu senyum sambil tertawa kecil atau mahu menutup muka kerana malu.

    Jadi sama-samalah kita berfikir

    ReplyDelete
  3. Sdr faziz & water lily
    Semoga sambil berasa geli hati dan malu , kita akan bangun bersaing menebus kelemahan yang ada.Mari gigih bekerja, membaca, mencipta, dan beramal.

    ReplyDelete