Saturday 17 April 2010

H U J A N

ALAM TERANG BENDERANG , DAN , PANAS MENGGIGIT SEBELUM
HUJAN



Hujan mencurah
kolam bunting melempah
daun-daun kuyup
titisan berjurai
bising di sekeliling
aku termangu
mengenangmu.

Alam bersih indah
dingin menghijau
angin kencang
menerkam
sepi di dalam.

Hujan
aku pilu sendirian
membayangkan
kalau engkau pergi
tiada kembali lagi


Baha Zain
17 April 2010

3 comments:

  1. Pada zaman Nabi Musa, terjadi musim kemarau panjang. Sungai,telaga,paya dan caruk kering kontang. Lalu nabi Musa mengumpulkan 70,000 umatnya untuk solat Istisqa'. Selesai solat mereka berdoa, namun hujan tidak juga turun. Nabi Musa dan pengikut menjadi gelabah lalu mengadu kepada Allah. Allah memberitahu kepada Nabi Musa bahawa terdapat di kalangan pengikut nabi Musa yang sedang bersolat dan berdoa itu seorang lelaki yang melakukan maksiat dan dosa salama 40 tahun.
    Nabi Musa membuat pengumuman secara umum,lalu lelaki tersebut merasa insaf dan terus bertaubat dan merayu kepada Allah. Belum habis doanya, hujan pun turun mencurah-curah. Allah telah menerima doa dan mengampun dosanya lalu melepaskan hujan rahmat ke bumi.

    kita bimbang dengan kegawatan sosial sekarang yang penuh kejijikan dosa dan noda berleluasa,seakan mencabar amaran Allah ,hujan tidak kembali dan tak datang-datang. Ampunilah kami Ya Allah.

    ReplyDelete
  2. ha....sekarang baru faham maksudnya....:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Terima Kasih sdr Ajilah kerana berkongsi kisah untuk mengingatkan kita semua.Negeri kita melimpah ruah dengan air sehingga ramai yang tak menginsafi betapa susahnya masyarakat lain
    hendak mendapatkan air bagi keperluan tanaman dan kehidupan harian.Dan kita membazirkannya pula.Dunia akan berperang kerana air pada masa depan. Demikian juga dosa seseorang akan menimpa sekampung yang lain meskipun lebih ramai yang beramal ibadat.Eloklah kita saling mengingatkan; dan menyadari hikmat hujan dan airnya dalam senang dan susah.

    ReplyDelete