Tuesday 17 August 2010

MENCARI ALLAH dan MEMBACA CINTANYA


Ramadahan semakin mendekatkan kita dengan Tuhan, tetapi Tuhan masih tak kelihatan, seolah-olah Tuhan enggan menampakkan diri-Nya.Memang Tuhan tak berwajah seperti pada berhala, kuil, dan gereja-gereja itu kerana Tuhan berada di mana-mana , malah hampir dengan kita , langsung di dalam jantung, hati , darah dan nafas manusia, sehingga kita tak dapat melihat jantung, darah yang mengalir atau jaringan jutaan saraf di dalam.

Seorang sahabat seawal Ramadhan telah mengirim sms kepada saya tentang wajah, citra, kelibat atau bayang-bayang Tuhan. Katanya:

" Peribahasa Parsi ada menyebut:kalau tak tercari penyanyinya, anggaplah lagunya itu sebagai penyanyinya; kalau tak tercari Allah swt carilah Dia dalam alunan Quran-Nya."

Maka percayalah bahawa itulah hakikatnya; dan bertaqwalah kalau demikian kepercayaan yang diajar dan yang kita pegang.

3 comments:

  1. terima kasih, Pak.

    salam ramadhan. dijemput besinggah ke laman saya di:-

    http://puisikabur.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Pak Baha,

    Agama Wahyu berbanding yang bukan.
    Tetap Islam menghadapi saingan Agama Wahyu
    yang lain.

    ReplyDelete
  3. Peribahasa Parsi yang cukup menarik....

    ReplyDelete