Wednesday 14 October 2009

KESAKTIAN KATA-KATA

Kata-kata menjadi bahasa. Bahasa menjadi alat bagi manusia menjalani kehidupannya. Melalui bahasa manusia menghubungi manusia lain; membina dirinya dan membangunkan dunia di sekelilingnya.

Ada kata-kata yang mengecewa dan menyedihkan, tetapi tidak kurang pula ada ungkapan kata-kata yang merangsang dan menggerakkan hati, perasaan serta membijakkan fikiran :

1. " Manusia bijak bercakap kerana ada sesuatu yang hendak dicakapkannya; si badut, sekadar hendak bercakap".-(Mark Twain)

2." Sesetengah orang menyebabkan peristiwa belaku, sesetengah orang menyaksikan peristiwa berlaku, dan sesetengah orang kebingungan apa yang berlaku". ( Tanpa nama )

3." Tak ada seorang pun antara kita yang sepandai semua kita"' (peribahasa Jepun)

4." Kalau kita mahu makmur setahun, tanamlah bijian,
kalau mahu makmur sepuluh tahun, tanamlah pokok,
kalau mahu makmur seratus tahun, besarkanlah penduduk." (Peribahasa Cina).

5" Bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas." (Peribahasa Melayu).

6. " Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
Berdikit-dikit dahulu, bersenang-senang kemudian". (Peribahasa Melayu).

Tafsirkanlah.

Kesaktian bahasa Melayu ialah keupayaannya memindahkan kebijakan fikiran serta pengalaman manusia dunia ke dalam tubuh badannya sendiri sehingga mampu menjadi bahasa yang sakti untuk memperkuat sikap mental bangsanya .

3 comments:

  1. "Bertukar tidak semestinya akan mengubah apa-apa!" Maknanya, BN ke, PKR ke - lift di apartmen saya tetap buruk dan usang seperti sediakala.

    ReplyDelete
  2. Sdr Noralina
    Carilah kata-kata indah untuk ceria;
    berilah kata-kata yang ceria untuk membahagiakan. Itu sedekah namanya.

    Sdr sinaganaga
    Dengan bersabar akhirnya mereka berubah juga.
    Tapi tentang lif itu jangan terus bersabar
    Barangkali MIC & Samy boleh tolong.

    ReplyDelete
  3. salam Dato'...

    tidak tahu nak komen apa di sini..cuma hendak berziarah..

    ReplyDelete