Tuesday 12 January 2010

sebuah gambar adalah sejumlah kisah

Apakah yang kau fikirkan tentang alam dan kehidupan ?



Gambar boleh tiba-tiba menghantar kita ke zaman kanak-kanak puluhan tahun dahulu --pengalaman yang tak mempersoalkan derita ,dosa, kesepian dan kegetiran hidup. Lihat menungannya seperti jauh tak bertepi, hanya ditemani longgokan batu keras seolah-olah batu itu lebih dipercayai sebagai teman yang setia dan selamat . Apakah yang difikirkannya; dan apakah yang diharapkannya ? Apakah dia berfikir seperti kita berfikir dan mengharapkan sesuatu seperti kita berharapkan sesuatu pada masa depan. Dia tidak disusahkan oleh keinginan masa depan, dia lebih realistik terhadap keperluannya . Hanya sahaja dia beristirihat sebentar kerana istirihat itu adalah kemewahan dan kebahagian yang benar-benar menyenangkannya. Dia tidak rungsing dalam waktu termenung dan diam . Tidak seperti manusia dewasanya yang tak pernah berperasaan aman meskipun dalam diam di tengah-tengah alam hijau yang tenang.

Ini adalah wajah yang tak mungkin kita miliki lagi baik secara jasmaniah mahupun secara rohaniah. Ini adalah wajah kehidupan yang telah lama meninggalkan kita kerana kita telah meninggalkannya di belakang. Lihat tangan dan jari-jarinya yang terletak akrab dan relaks di atas batu keras yang berusia entah berapa jutaan tahun lamanya- sebuah kejadian alam yang demikian panjang sejarahnya yang didakap mesra seorang anak kecil yang hanya baru dua tahun usianya. Dia tidak mengetahuinya kerana fikirannya dan perasannya tidak dibebankan untuk memikirkan keadaan alam serta kehidupan rumit di sekelilingnya. Masalah itu adalah masalah kita yang seolah-olah terhantar menyelesaikan kemelut rumit dunia ini.

3 comments:

  1. alangkah indahnya jikalau...
    kita dapat kembali ke alam itu...

    ReplyDelete
  2. fariz
    Kita boleh kembali ke alam itu dalam kenangan.Kenangan melampaui ruang dan waktu.Bayangkan kalau kita tak mempunyai kenangan; hanya merenung ke depan sahaja

    ReplyDelete
  3. Percayakan batu lebih indah daripada mempercayai manusia, kerana adakalanya, manusia itu dusta...manusia itu gemar menyakiti hati manusia lain...namun,batu tidak. Di atas batu, hati yang lara, mampu kembali ceria...Sekeras-keras batu, di timpa air, berlekuk jua...

    ReplyDelete