Saturday 17 July 2010

JANGAN KETINGGALAN DI PETA KEHIDUPAN


Waktu:
Berkepakkan angin,
Bermatakan cahaya,
Pantas meninggalkan kita,
Di peta hidup yang fana.

Mari genggam hari ini,
Agar esok tak akan meliar,
Jangan rindukan masa silam,
Yang tertinggal semalam.

Jangan berduka pada apa yang terjadi,
Waktu serta usia terlepas seperti air di celah jari,
Hari ini kita genggam erat segala waktu,
Kita cumbui esok yang termangu menunggu.



Baha Zain
18 Julai 2010

5 comments:

  1. Melihat ke hadapan kerana masa berlalu
    pantas.

    Yang di belakang sudah pasti menjadi sejarah.

    ReplyDelete
  2. saya mencintai karya-karya Cikgu Baha. Maaf jika memanggilmu cikgu kerana saya biasa membaca puisi cikgu..Saya harap cikgu boleh jadi mentor saya..

    ReplyDelete
  3. Sajak Dato' mengingatkan kita tentang peta perjalanan abadi nanti. 'Sign" atau tanda-tanda ke perjalanan tersebut telah di turunkan Allah sebagai panduan dan papan tanda arah laluan murni. Libat peta di sini untuk peta selepas sempadan nati. Terima kasih IAjilah)

    ReplyDelete
  4. Salam, Dato',
    Sangat indah sajak ini. Maksudnya bersamaan dengan hadis Nabi tetapi diungkapkan dalam bahasa Melayu yang tepu seni.

    Dato' antara anugerah Allah yang penting kepada umat Melayu.

    ReplyDelete
  5. salam,
    pertama kali ke sini langsung pula dapat hadiah puisi al-asri.sudah lama benar saya tidak membaca puisi tuan. terima kasih.
    badrulrah@gmail.com

    ReplyDelete