Friday 6 August 2010

TERJAGA DALAM DAKAPAN-MU



Aku tak mahu terlena lagi,
aku ingin berjaga sepanjang waktu,
dalam dakapan-Mu:
dalam kata-kata,
dan kalimat-kalimat,
dingin bagai embun,
sebening hujan,
setenang air di kolam.



Daripada enam ribu enam ratus enam belas sabda itu,
daripada sembilan puluh sembilan nama-Mu,
ada sebuah kata,
Ramadhan dengan seribu bulan,
tanda kasih sayang,
ah! aku tak ingin terlena lagi,
dalam dakapan yang abadi.

Dakaplah aku erat-erat,
rengkuh nafasku dalam-dalam,
sampai aku lemas,
dalam cinta-Mu.
Amin.

6 comments:

  1. Amin, semoga kita beroleh berkah, Pak

    ReplyDelete
  2. Insya Allah kita sama-sama sedari awal hingga akhir di peluk hangat berkat Ramadhan. Dalam lena atau jaga .

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ,
    Sdr Ampuan,
    Shukri,
    Ajilah.

    Selamat menunaikan fardhu Ramadhan. Ini adalah bulan yang paling hebat dan kaya untuk kita: apa saja yang baik kita lakukan akan diberi ganjaran yang besar. Berdoalah agar pintu syurga bernama Rayyan itu akan senantiasa terbuka untuk kita; dan kita tidak dikuasai oleh syaitan-syaitan yang selalu berbisik-bisik ditelinga dan hati-hati pemimpin kita

    ReplyDelete
  4. Pak Baha: Kad yang diconteng-connteng itu ke mana dibuang? Kalau disimpan dan tidak perlu dorosakkan, nanti satu waktu sangat berharga. Pak A Samad Said sudah membuktikan.

    ReplyDelete
  5. Marsli,
    Kena selongkar almari kalau masih adalah, tetapi arkib Malaysia mungkin tak minat simpan bahan2 drpd tangan pengarang.

    ReplyDelete